Budak sekolah rendah cederakan diri sendiri dan isteri kematian suami

 Hari ni ada dua kisah aku nak kongsi.

Satu mengenai budak umur 11 tahun, datang ke hospital dirujuk oleh klinik kesihatan dengan masalah cuba mencederakan diri sendiri.Pada lengan kirinya sudah ada bekas torehan berulang kali dibuat.



Bila tanya ditanya punca dia cuba mencederakan diri sendiri , katanya stress.Stress kerana dipulaukan dan dibenci oleh kawan-kawan di sekolah.Bila aku tanya lagi kenapa boleh jadi macam tu, sebabnya hanya kerana dia TERRRRtolak salah seorang kawan diorang.Sejak dari kejadian tu, dia dipulaukan.

Aku tanya lagi, parents tahu ke.Dia cakap parents tahu dan parents suruh ignore kan sahaja kawan-kawan macam tu.

Pada aku, parents tak cukup dengan hanya berkata ignorekan sahaja masalah ni.Bukan semudah tu.Kau kena sit down dengan anak kau, buat luahan hati ke hati dan cari solusi bersama.Dia baru 11 tahun.Jauh lagi perjalanan dia.Hmmm entahlah kadang-kadang aku takut dengan generasi anak muda hari ini.Terlalu advance ya!

Kisah kedua yang aku nak kongsi.

Datang satu ambulans membawa seorang pesakit lelaki berusia 50-an yang tidak sedarkan diri dan tengah ongoing CPR - Cardiopulmonary resuscitation.

Sebaik sahaja pintu ambulans dibuka, pesakit terus ditolak ke zon merah.Lantas aku memanggil isteri beliau untuk teruskan dengan pendaftaran.Si isteri gelisah sangat masa ni.Mungkin memikirkan apa yang bakal terjadi pada si suami.

Setengah jam kemudian, doktor memanggil si isteri dann kemudian si isteri  meraung menangis sampai satu zon kecemasan boleh dengar.Aku yang nampak dia menangis masa tu memang sekali rasa sebaknya.Aku tak tahu apa dia rasa dalam hati dia masa tu.

Aku tak tahu aku bersedia tak nak hadap kehilangan macam apa yang dia rasa sekarang… 😭😭😭

Itulah pentingnya menghargai apa yang ada depan mata hari ni.Takut bila dah kehilangan, semuanya jadi kesal depan mata.

Comments

Popular posts from this blog

Viral Motor Foodpanda Kena Sita Dengan JPJ?